Visi

SOLS 24/7 berpendapat bahawa semua orang dari pelbagai komuniti – tidak kira bangsa, agama atau jantina – akan mendapat akses kepada pendidikan dan perkhidmatan pemerkasaan sosial, yang menghasilkan masyarakat yang maju dengan peluang yang adil untuk semua.

Misi

Misi kami : KHIDMAT, DIDIK & PERKASA 40% kumpulan ekonomi terendah dengan pendidikan PERCUMA perkembangan kendiri dan sokongan pekerjaan.

Tentang Kami

SOLS 24/7 adalah penyedia pendidikan Bahasa Inggeris dan pembelajaran digital yang terkemuka. Kami adalah pakar dalam mengajar Bahasa Inggeris kepada sesiapa yang tidak mempunyai atau kemahiran paling asas dalam Berbahasa Inggeris. Melalui pelbagai program pendidikan dan pemerkasaan sosial, kami berkhidmat tanpa syarat untuk mentransformasikan kehidupan komuniti kurang bernasib baik kepada yang lebih baik dengan membantu mereka mengenal serta membina potensi sebenar diri mereka dan seterusnya, memutuskan kitaran kemiskinan mereka. Organisasi kami menyediakan pendidikan dan program pemerkasaan sosial percuma bagi komuniti kurang bernasib baik di seluruh Malaysia.

  • Lebih 500,000 pelajar di 7 buah negara dalam masa 21 tahun.
  • Lebih 100 tenaga kerja sepenuh masa lebih daripada 30 buah negara.

Rekod pengalaman kami termasuklah membekalkan latihan Bahasa Inggeris dan program kemahiran berdigital kepada kementerian, agensi-agensi swasta dan awam, syarikat-syarikat korporat serta institusi-institusi dan sekolah-sekolah.

SOLS 24/7 (nombor pendaftaran 811025T) adalah organisasi tidak berasaskan keuntungan, mendapat pengecualian cukai di Malaysia.

SOLS 24/7 menyokong Sustainable Development Goals

Sejarah kami

Ditubuhkan pada tahun 2000, oleh Teacher Raj Ridvan Singh bersama bapanya dan adiknya. SOLS 24/7 bermula di Kemboja dan berkembang dengan pantas menjadi sebuah pusat latihan tidak formal di negara tersebut pada ketika itu.

Disinilah bermulanya revolusi badan bukan kerajaan dalam sistem pendidikan dan misi untuk menyediakan perkhidmatan berbentuk kemanusian. Dengan kejayaan di negara Kemboja, Teacher Raj telah ke Timor Leste pada tahun 2005 untuk menubuh SOLS 24/7 Timor Leste di tengah-tengah konflik ketenteraan di negara tersebut. Pasukan SOLS 24/7 terpaksa keluar dari Timor Leste tetapi kembali pada tahun 2006 untuk membuka pusat latihan pertama di Dili.

Selepas kejayaan di Timor Leste, pada tahun 2007, Yayasan SOLS 24/7 memulakan operasi di Melaka, kampung halaman Teacher Raj, dan pada tahun 2012, SOLS Academy of Innovation (dahulu adalah Youth Development Centre) dan ibu pejabat SOLS 24/7 berpindah ke Kuala Lumpur.

Pada tahun 2014, Teacher Raj sahaja mengetuai SOLS 24/7 Visinya adalah untuk membawa program dan khidmat SOLS 24/7 kepelusuk negara dan seluruh dunia.

Nilai-nilai kami

SOLS 24/7 adalah komited untuk :

  • Peneraju Impak

    Fokus kami adalah kepada hasil. Kami sangat aktif dalam membeli impak pendidikan bersama data.
  • Telus

    Kepercayaan sangat diperlukan dalam kolaborasi untuk mengatasi semua jenis masalah. Kami menumpukan usaha kami dalam meningkatkan kepercayaan rakan kongsi kami melalui perakaunan yang bersih dan telus.
  • Lestari

    Pendidikan memperbaiki masa depan. Platform kami telah diolah untuk pertumbuhan jangka masa panjang komuniti B40 di Malaysia untuk mencipta dan menjalani kehidupan yang diperkasakan.

Fokus kami.

SOLS 24/7 komited dengan tiga fokus pendidikan untuk menyampaikan pendidikan secara holistik dan lestari untuk komuniti kurung mampu.

Sains bahasa

Kami telah membangunkan kaedah yang inovatif dalam mengajar bahasa Inggeris seperti seorang kanak-kanak belajar bahasa pertuturan ibu bapa dan komuniti sekeliling.

Sains Teknologi

Literasi digital sangat penting untuk memutuskan kitaran kemiskinan. Program digital kami memberi tumpuan kepada aplikasi dunia digital yang direka untuk meningkatkan cerdik digital dalam komuniti yang kurang berkemampuan.

Sains kehidupan

Kami mengembangkan potensi sebenar pelajar kami melalui kepimpinan holistik dan program perkembangan kendiri, di mana memupuk nilai positif yang hebat dan membolehkan mereka capai masa hadapan yang lebih baik.