Pentauliahan

Berkualiti tinggi, ketelusan dan kesan jangka panjang sangat penting bagi organisasi kemanusiaan yang memberi tumpuan kepada pendidikan dan teknologi. Oleh itu, sangat penting untuk pihak kami berkerjasama dengan pihak berkuasa dalam bidang ini, dan usaha kami mendapatkan pengiktirafan untuk manfaat masyarakat.

Cambridge Authorised Centre (MY498)

SOLS 24/7 telah mendapat pengiktirafan rasmi dari Cambridge English Language Assessment Centre. Kami menawarkan peperiksaan dan pensijilan Cambridge terpilih kepada pelajar kami melalui program kami.

Google Professional Development Partner

SOLS 24/7 adalah satu-satunya NGO di Malaysia yang mempunyai status ini melalui kerjasama dengan Google Malaysia. Pelatih Google Certified Educator kami dapat memimpin dan melatih pendidik lain dalam dunia pembangunan profesional.

Registered HRD Corp Training Provider

SOLS 24/7 ialah Penyedia Latihan HRD Corp Berdaftar untuk korporat dan perniagaan. HRD Corp ialah sebuah organisasi dinamik yang ditubuhkan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang didedikasikan untuk menyusun semula dan meningkatkan kemahiran negara. Menerusi subsidi HRD Corp, kami dapat memberikan latihan Google Apps dan Sumber Dalam Talian kepada pelajar yang berminat untuk meningkatkan literasi digital mereka secara percuma.

JPK Accredited Centre

SOLS 24/7 bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia, untuk menjalankan Program Persijilan Latihan Nasional mereka. Kami menyokong sepenuhnya kerajaan Malaysia dalam membantu para belia untuk meningkatkan kecekapan kemahiran mereka, dan seterusnya menghasilkan pekerja berpengetahuan yang dapat menyumbang untuk membangun negara.

Malaysian Collective Impact Initiative (MCII)

SOLS 24/7 secara rasminya adalah rakan kongsi MCII. Fokus utama MCII adalah untuk membuat perubahan sosial yang signifikan melalui kaedah pendidikan. Melalui perkongsian ini, kami akan membawa literasi dan pendidikan digital kepada guru, pelajar, bilik darjah dan sekolah.

Give2Asia Network Member

SOLS 24/7 adalah ahli rakan kongsi kebajikan rangkaian Give2Asia. Give2Asia adalah organisasi yang memperkasa komuniti dengan membina rangkaian yang dipercayai untuk pelaburan amal. Mereka memastikan projek berkesan, hasilnya telus, dan penerima gran adalah yang bertanggungjawab.

Prince's Trust International

Rakan kongsi yang bertauliah dan pelaksana untuk Malaysia - sejak 2019 - United Kingdom

Griffin College

SOLS 24/7 adalah pemilik bersama dan pelaksana program akademik di Asia – sejak 2019. United Kingdom & Ireland.

MSC Status Company

Status MSC diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), untuk entiti yang menggunakan teknologi multimedia untuk meningkatkan perkhidmatan mereka.