Rakan Kongsi Kami

Rakan Kongsi Kami

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan dan penyokong kami yang murah hati yang telah membantu kami menjalankan kelas dalam talian percuma.

Rakan kongsi kami, terdiri dari individu dan pasukan yang bersemangat untuk menyumbang kepada peningkatan tenaga kerja negara.

Dengan kepercayaan dan sokongan yang berterusan, kami telah diberi peluang untuk menyantuni lebih ramai lagi pelajar dan memberi lebih impak positif di seluruh negara.

Dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga, kami berbesar hati dan berharap untuk terus maju kehadapan, meneruskan kerjasama ini untuk manfaat golongan yang tidak bernasib baik di seluruh Malaysia.

Menyumbang kepada SOLS Foundation dan bantu kami untuk memberikan pendidikan percuma kepada mereka yang sangat memerlukan.

  • Google for Education Partner
  • JP Morgan
  • Kaki DIY
  • PTI
  • Meta
  • SOLS Energy
  • SOLS edu
  • ChargeSingh
  • UOB
  • 2023 Digital Equity Accelerator Badge

Jadi rakan kongsi kami

SOLS Foundation menjemput anda untuk berkerjasama dengan kami dalam memberi perkhidmatan, mendidik dan memperkasakan komuniti yang kurang berkemampuan di seluruh Malaysia.

Dari tajaan kewangan hingga pelbagai jenis sumbangan, terdapat banyak cara untuk anda bekerjasama dengan kami.

Hubungi kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana untuk menjadi sebahagian dari perjalanan kami.

Manfaat menjadi rakan kongsi kami

Sebagai rakan kongsi, SOLS Foundation menawarkan :

  1. Penjenamaan jelas di laman web SOLS Foundation (rakan kongsi jangka masa panjang).
  2. Penjenamaan jelas di dalam projek material untuk acara dan aktiviti.
  3. Liputan media untuk rakan kongsi organisasi untuk setiap projek atau acara.
  4. Penggunaan logo, gambar, tanda dagangan yang mengikut piawai.
  5. Penjenamaan jelas dan pengkongsian sosial media di platform sosial media kami (Facebook, Twitter, Instagram & Youtube).
  6. Penjenamaan jelas di lokasi.
  7. Peluang meluaskan rangkaian.
  8. Peluang memberikan hadiah untuk media atau aktiviti promosi di acara anda.
  9. Peluang untuk mempromosikan acara anda sebagai projek/aktiviti sebagai aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat.

Penafian: Manfaat rakan kongsi yang disenaraikan tertakluk kepada pindaan berdasarkan skala perkongsian berdasarkan kepada projek.

Soalan-Soalan Lazim

SOLS Foundation adalah rakan kongsi pilihan kerana pengalaman dan kemampuannya untuk memberikan hasil dalam pendidikan, pengurusan biasiswa dan teknologi maklumat malah dalam bidang pembangunan masyarakat.

Kami telah bekerjasama dengan komuniti akar umbi selama lebih dari 21 tahun di lebih daripada 140 komuniti yang tidak bernasib di tujuh negara. Oleh itu, kami memahami apa yang diperlukan oleh komuniti yang ini dalam bidang berkaitan dengan pendidikan dan pembangunan. SOLS Foundation mampu untuk mengambangkan program CSR yang mampu bertahan untuk organisasi korporat dan melaksanakanya dengan lebih efektif dan berkesan.

Kami menggunakan kaedah atas talian dan persendirian untuk menyantuni kumpulan B40 Malaysia.

Sepanjang 21 tahun, kami telah menjalankan banyak program dalam bidang pendidikan, teknologi, tenaga guna semula dan kesihatan mental. Sila lawati laman web impak kami untuk keterangan lebih lanjut.

Hubungi Kami

Hubungi 018 2121 247 untuk bercakap dengan Rakan SOLS atau hantark mesej di bawah - Rakan SOLS akan menghubungi anda tidak lama lagi.

Form Loading...