Pusat Bantuan

Bermula

Tonton video ringkas mengenai cara mudah untuk sertai kelas percuma kami.

Desktop

Mobile

Soalan-Soalan Lazim

Ya, semua kelas kami adalah 100% percuma untuk semua.
  1. Layari kategori-kategori kelas kami, dan pilih kelas anda.
  2. Klik butang Tempah slot dan daftar dengan emel atau Facebook anda.
  3. Anda akan menerima emel pengesahan bersama dengan pautan Google Meet.
  4. Pada hari kelas, klik pautan untuk sertai kelas.

Ya, kesemua peserta kelas akan menerima sijil seteah berjaya habiskan kelas dan mempunyai penyertaan dalam kelas.

Pelatih anda akan memberikan borang maklum balas kepada anda di akhir kelas anda. Setelah anda lengkapkan borang maklumbalas, kami akan email sijil anda dalam masa 5-14 hari bekerja.

Sijil akan dikeluarkan dalam tempoh 5 – 14 hari bekerja selepas borang maklum balas kelas dihantar.

Jika anda masih tidak menerima sijil selepas tempoh ini tamat, sila emel kami dengan membalas emel pengesahan yang anda terima semasa anda menempah kelas anda dan nyatakan pertanyaan anda.

Dengan membalas emel pengesahan kelas, ini akan membantu kami mengetahui butiran kelas yang anda telah hadiri dan mempercepatkan proses penyediaan sijil anda.

Kelas kami menggunakan Google Meet. Anda dapat mengakses Google Meet di desktop dengan menggunakan browser anda, atau melalui telefon anda dengan memuat turun aplikasi dari App Store / Play Store.

Setelah mendaftar ke kelas, anda akan mendapat e-mel pengesahan dengan pautan mesyuarat. Yang perlu anda lakukan ialah memasukkan pautan kelas semasa slot waktu anda untuk hadir.

Peserta memerlukan komputer atau telefon pintar dengan akses internet, dan akaun Google untuk mendaftar masuk ke Google Meet.

Ya, anda boleh menutup kamera anda dan membisukan mikrofon anda untuk melindungi privasi anda.

Untuk bertanya soalan, anda boleh klik butang 'raise hand' atau hantar soalan anda di ruangan Google Meet Chat.

Cikgu kami hanya akan menerima peserta di dalam masa 15 minit pertama apabila kelas bermula. Ini adalah untuk memastikan Kelas berjalan dengan lancar tanpa gangguan.

Ya, anda boleh mengikuti kursus lebih dari sekali.

Kami sedia membantu anda.

Jika ada pertanyaan anda tiada jawapan di sini, sila chat dengan rakan SOLS 24/7 di Whatsapp.

Tidak jumpa apa yang anda perlu?

Untuk informasi berkenaan topik lain, sila lawati laman di bawah.