Kerjaya

Jawatan sepenuh masa

4 Sebab untuk Mengembangkan Kerjaya Anda dengan SOLS 24/7

Pasukan antarabangsa

Pasukan antarabangsa

SOLS 24/7 cemerlang dengan penyertaan dari sukarelawan & prefesional antarabangsa. Pasukan kami terdiri dari pelbagai bangsa dan warganegara, mempamerkan kepelbagaian dan perpaduan. Jika anda mencari kerjaya di Asia bersama pasukan antarabangsa, di sinilah tempat anda.

Bekerja untuk Organisasi Pemenang Anugerah Kemanusiaan

Bekerja untuk Organisasi Pemenang Anugerah Kemanusiaan

SOLS 24/7 telah menerima anugerah tempatan dan antarabangsa sebagai pengiktirafan atas khidmat kepada golongan tidak bernasib baik. Kami telah beroperasi selama 21 tahun dan kami telah berjaya melatih lebih dari 500,000 pelajar. Salah satu Organisasi Kemanusiaan terbesar di Malaysia. Kami mempunyai impian yang besar.

Kenali Malaysia

Kenali Malaysia

Kami mengendalikan 11 program berdasarkan empat teras utama. Berkerja di Asia bersama SOLS 24/7 akan membantu anda memahami pelbagai isu yang dihadapi di Malaysia. Anda bukan sahaja mendapat persepsi luaran tetapi memahami lebih dalam tentang sosio-ekonomi Malaysia sebagai negara yang sedang membangun di dalam era teknologi moden.

Luaskan bidang profesional anda

Luaskan bidang profesional anda

Budaya kerja kami adalah fleksibel, dinamik dan pantas. Sebahagian besar pengalaman anda bersama kami adalah ditentukan oleh anda sendiri. Jika anda seorang yang bersemangat jitu, mencari pekerjaan di Malaysia, kami adalah platform untuk anda merealisasikan potensi anda.